Pilihan 1: Aplikasi MoneyMatch
Untuk mendapatkan Akaun Peribadi MoneyMatch, anda boleh berdaftar melalui Aplikasi MoneyMatch atau Laman Web MoneyMatch. Setelah berdaftar, anda masih perlu mengesahkan akaun anda (aplikasi e-KYC) melalui aplikasi mobil MoneyMatch. Setelah disahkan, anda boleh mula melakukan transaksi dengan platform kami!
Anda boleh memuat turun aplikasi daripada iOS Appstore/ Google Playstore
- Pastikan anda pilih "Malaysia" pada bahagian Kawasan sebelum anda teruskan.
- Untuk mendaftar, klik "No Account Yet? Create one" (Belum ada akaun? Cipta satu).
- Kemudian, isi maklumat anda dan klik "Register" (Cipta Akaun).
- Pilih imej sekuriti dan frasa sekuriti anda.
- Anda akan diminta mengesahkan nombor telefon anda dengan memasukkan kod OTP.
- Jika anda tidak dapat menerima kod OTP, pastikan nombor telefon yang dimasukkan adalah betul.
- Jika anda masih tidak dapat menerima kod OTP, sila Hantar Pertanyaan untuk mendapatkan bantuan!
- Kemudian, anda akan menerima e-mel untuk anda sahkan.
- Periksa folder SPAM atau Junk anda dan juga masukkan e-mel kami ke senarai putih untuk memastikan anda berjaya menerima e-mel kami.
- Jika anda masih tidak dapat menerima e-mel, sila Hantar Pertanyaan untuk mendapatkan bantuan!
- Kembali pada aplikasi MoneyMatch dan log masuk.
- Jika anda menggunakan MoneyMatch untuk transaksi peribadi, pilih "Personal"
- Kemudian, anda perlu mengisi borang dengan teliti sebagai sebahagian daripada "Butiran Pengguna"
- Seterusnya, anda perlu memasukkan alamat anda di Malaysia.
Jika anda bukan dari Malaysia, anda perlu menyertakan alamat anda di Malaysia dan bukannya di negara asal anda.
-
Kini tiba masa untuk Mengesahkan Akaun Anda!
-
Untuk panduan terperinci, lihat Bagaimana saya boleh sahkan akaun saya. Bagi maklumat lanjut tentang dokumen yang diperlukan untuk mengesahkan akaun anda lihat Apa yang saya perlu sediakan untuk mengesahkan akaun saya?
Pilihan 2: Pelayar Web
Anda juga boleh mendaftarkan akaun MoneyMatch di laman web MoneyMatch kami.
- Klik pada "Create Account" untuk mendaftarkan Akaun Peribadi.
- Anda juga akan mendapatkan pilihan untuk berdaftar menggunakan akaun Facebook atau Google
- Pilih imej sekuriti dan frasa sekuriti anda
- Anda akan diminta mengesahkan nombor telefon anda dengan memasukkan kod OTP.
- Jika anda tidak dapat menerima kod OTP, pastikan nombor telefon yang dimasukkan adalah betul.
- Jika anda masih tidak dapat menerima kod OTP, sila Hantar Pertanyaan untuk mendapatkan bantuan!
- Kemudian, anda akan menerima e-mel untuk anda sahkan.
- Periksa folder SPAM atau Junk anda dan juga masukkan e-mel kami ke senarai putih untuk memastikan anda berjaya menerima e-mel kami.
- Jika anda masih tidak dapat menerima e-mel, sila Hantar Pertanyaan untuk mendapatkan bantuan!
- Jika anda menggunakan MoneyMatch untuk transaksi peribadi, pilih "Personal"
- Kemudian, anda perlu mengisi borang dengan teliti sebagai sebahagian daripada "Butiran Pengguna"
- Kini masanya untuk anda sahkan akaun anda! Muat turun aplikasi daripada iOS Appstore/ GooglePlaystore
- Jika anda telah berdaftar sebuah akaun pada laman web kami, anda masih perlu muat turun aplikasi MoneyMatch pada telefon untuk mengesahkan akaun anda. Anda hanya boleh melancarkan transaksi setelah proses pengesahan akaun selesai!