Bagaimana kadar yuran kami ditentukan?
Struktur yuran kami dikenakan bagi setiap transaksi (kadar tetap). Walau bagaimanapun, jumlah yuran adalah berbeza bergantung pada mata wang yang ingin dikirimkan (individu atau perniagaan) dan juga destinasi negara pilihan.
Adakah pasangan mata wang-negara yang ingin dihantar mempengaruhi jumlah yuran?
Anda akan mempunyai pilihan untuk membuat pindahan wang dalam mata wang asal ataupun mata wang asing. Ini juga tertakluk pada destinasi negara penerima anda. Kadar yuran akan dipaparkan sewaktu anda mengatur transaksi yang dikehendaki.
Apa itu penghantaran mata wang asal?
-
Apabila anda mengirim wang ke negara dalam mata wang asal negara tersebut.
-
Contohnya: Penghantaran SGD ke Singapura sahaja; penghantaran USD ke AS sahaja, penghantaran GBP ke United Kingdom sahaja.
- Secara amnya, jika anda mengirim dalam mata wang asal, penerima akan memperoleh jumlah yang penuh. Akan tetapi, bayaran tambahan boleh dikenakan bagi mata wang tertentu (ditentukan dan bergantung pada bank penerima).
-
Apakah penghantaran mata wang asing?
-
Apabila anda mengirim wang ke sesebuah negara dalam mata wang asing/ bukan mata wang asal negara tersebut.
-
Contohnya: Penghantaran USD ke Singapura; penghantaran USD ke China; penghantaran USD ke United Kingdom.
Yuran tambahan mungkin perlu dibayar bagi pindahan seperti ini (dikenakan dan ditentukan oleh bank penerima) sebagai yuran tambahan bagi penghantaran mata wang asing. Caj ini akan ditolak secara langsung daripada jumlah yang dihantar.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pengiriman USD ke negara-negara di luar AS (contohnya USD ke Singapura; USD ke China), lihat USD ke negara selain daripada AS.
-
Apakah pilihan pembayaran yuran yang sedia ada??
Terdapat tiga jenis pilihan bayaran yang boleh ditemui (Pengirim menanggung yuran, Penerima menanggung yuran, atau Bayaran bersama). Anda akan dimaklumkan dengan senarai pilihan yuran yang sedia ada semasa anda melaksanakan transaksi anda.
Pilihan Yuran untuk Pengguna Peribadi
- 1. Penghantaran Mata Wang Asal
-
2 pilihan: Pengirim atau Penerima menanggung yuran
-
- 2. Penghantaran Mata Wang Asing
- Pengirim menanggung yuran
Pilihan Yuran untuk Pengguna Korporat
- 1. Penghantaran Mata Wang Asal
- Pengirim menanggung yuran
- 2. Penghantaran Mata Wang Asing
Yuran transaksi adalah berbeza bergantung pada jumlah kiriman anda
- Jika jumlah melebihi MYR 50,000
Pengirim menanggung yuran:Pengirim hanya membayar yuran bank pengirim dan perantara
Jika jumlah kurang daripada MYR 50,000
Anda boleh memilih daripada dua pilihan:a. Pengirim menanggung yuran: Pengirim hanya membayar yuran bank pengirim dan perantara
b. Bayaran Bersama: Pengirim membayar kos pengendalian pengirim sahaja
- Jika jumlah melebihi MYR 50,000
Pengurangan yuran untuk mata wang tertentu.
Berikut adalah senarai mata wang dengan nilai yuran yang telah dikurangkan. Khusus bagi penghantaran mata wang asal sahaja (Misalnya, pengiriman AUD ke Australia). Semak yuran terkini kami