Untuk mendapatkan Akaun Korporat MoneyMatch, seorang kakitangan yang diberi kuasa oleh syarikat anda boleh berdaftar menggunakan e-mel syarikat mereka.
- Klik pada "Create Account" untuk mendaftarkan Akaun Korporat.
- Anda juga akan mendapatkan pilihan untuk berdaftar menggunakan akaun Facebook atau Google
- Pilih imej sekuriti dan frasa sekuriti anda
- Anda akan diminta mengesahkan nombor telefon anda dengan memasukkan kod OTP.
- Jika anda tidak dapat menerima kod OTP, pastikan nombor telefon yang dimasukkan adalah betul.
- Jika anda masih tidak dapat menerima kod OTP, sila Hantar Pertanyaan untuk mendapatkan bantuan!
- Kemudian, anda akan menerima e-mel untuk anda sahkan.
- Periksa folder SPAM atau Junk anda dan juga masukkan e-mel kami ke senarai putih untuk memastikan anda berjaya menerima e-mel kami.
- Jika anda masih tidak dapat menerima e-mel, sila Hantar Pertanyaan untuk mendapatkan bantuan!
- Jika anda menggunakan MoneyMatch untuk transaksi korporat, pilih "Business"
- Kemudian, anda perlu mengisi borang dengan teliti sebagai sebahagian daripada "Butiran Pengguna"
3. Aturkan pengesahan secara luar talian
-
Seorang wakil MoneyMatch akan menghubungi anda dan mengaturkan lawatan ke pejabat anda dalam tempoh 1-2 hari kerja setelah profil dilengkapkan.
Untuk maklumat lanjut tentang dokumen pengesahan yang diperlukan, lihat Apa yang saya perlu sediakan untuk mengesahkan akaun saya?