Bila anda membuat transaksi anda, anda mungkin diminta untuk memberikan dokumen-dokumen sokongan buat pesanan anda (bagi memenuhi keperluan pematuhan).
Jenis dokumen-dokumen yang diperlukan biasanya ditentukan mengikut kes. Namun, biasanya, ini adalah dokumen-dokumen yang diperlukan.
- 1. Sumber Dana
- Sebarang jenis dokumen yang boleh membuktikan sumber wang anda. Contohnya: penyata bank bagi simpanan; slip gaji bagi gaji
- 2. Tujuan Penghantaran
- Sebarang jenis dokumen yang menyokong tujuan penghantaran anda. Contohnya: invois bagi pembelian barangan dan perkhidmatan; surat tawaran bagi pembelajaran; bukti tempat tinggal
- 3. Mengesahkan Penerima
- Sebarang jenis ID yang dikeluarkan kerajaan milik penerima anda. Contohnya: Pasport, Kad Pengenalan, sijil pendaftaran perniagaan, bukti pemilikan perniagaan, kad perniagaan
- Sebarang jenis ID yang dikeluarkan kerajaan milik penerima anda. Contohnya: Pasport, Kad Pengenalan, sijil pendaftaran perniagaan, bukti pemilikan perniagaan, kad perniagaan
- 1. Tujuan Penghantaran
- Sebarang jenis dokumen yang menyokong tujuan penghantaran. Contohnya: invois bagi pembelian barangan dan perkhidmatan; slip gaji bagi pembayaran gaji
- 2. Mengesahkan Penerima
- Sebarang jenis ID yang dikeluarkan kerajaan milik penerima anda Contohnya: Pasport, Kad Pengenalan, sijil pendaftaran perniagaan, bukti pemilikan perniagaan, kad perniagaan
Dokumen biasanya diminta sekali sahaja bagi transaksi lain yang serupa, walau bagaimanapun, ia masih terpulang kepada jabatan pematuhan untuk meminta sebarang dokumen. Dokumen biasanya dimuat naik pada platform, tapi kadang kala, anda mungkin akan mendapat e-mel daripada pasukan pematuhan kami bagi sebarang dokumen/ penerangan lanjut.
Jangan bimbang, kami mengambil serius akan privasi maklumat anda dan hanya sebilangan pekerja MoneyMatch yang terlatih sahaja boleh melihat dokumen-dokumen ini. Anda boleh lihat lebih lanjut tentang dasar privasi di sini. (Polisi Perlindungan Data Peribadi).