Bagi Pengguna Peribadi, anda boleh melihat status penghantaran pada aplikasi MoneyMatch atau pada pelayar web.
Apa akan terjadi kepada pesanan saya setelah ia dibuat (sebelum pembayaran)?
1. "Pending Deposit": Pesanan sedang menunggu deposit
- Anda boleh membayar pesanan anda jika anda masih belum membuat deposit dana di dalam akaun MoneyMatch kami
- Anda boleh pilih daripada dua pilihan pembayaran:
- Kaedah disarankan: Bayar dengan FPX
- Kaedah alternatif: Buat bayaran manual melalui Penghantaran Bank atau DuitNow
- Pembayaran Manual boleh dibuat sekiranya gerbang pembayaran bank tidak berfungsi.
2. "Payment Verification": Slip pembayaran yang telah dimuat naik sedang disahkan
- Pada tahap ini, kami sedang menunggu dana anda untuk dipaparkan pada akaun kami. Jika dana tidak dideposit dalam tempoh 24 jam selepas pesanan dibuat, pesanan akan dibatalkan secara automatik.
- Jika anda memilih Bayar dengan FPX, langkah ini dilangkau dan status pesanan akan ditukar kepada Processing.
Apa akan terjadi pada pesanan saya selepas pembayaran berjaya?
1. "Processing": Pesanan sedang diproses
- Pesanan anda akan ditapis oleh pasukan Compliance.
- Jika dokumen/penjelasan tambahan diperlukan, status akan ditukarkan kepada Action Required (Tindakan Diperlukan).
- Selepas ianya telah melepasi pematuhan, ia akan diproses oleh bahagian Operasi.
- Pasukan khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda jika dokumen/ penjelasan tambahan diperlukan.
2. "In Transit" Sedang Dihantar
- Pesanan anda telah diproses oleh bahagian Operasi dan sedang dalam perjalanan ke penerima!
- Sebaik sahaja ianya dalam Sedang Dihantar, ia sepatutnya mencapai penerima dalam 1-2 hari kerja. Sila maklum bahawa garis masa ini akan dipengaruhi oleh tempoh bekerja bank penerima tersebut.
- Anda boleh memuat turun resit transaksi apabila ia dalam In Transit.
3. "Cleared": Pesanan telah selesai
- Selepas 3 hari bekerja, status pesanan akan ditukar secara automatik kepada Selesai.
- Penerima anda sepatutnya sudah menerima dana.
- Jika dana masih belum mencapai penerima anda, sila hubungi kami dan Hantar pertanyaan dengan bukti bahawa dana tersebut masih belum mencapai penerima untuk mempercepatkan siasatan.
Action Required/ Pesanan tidak lengkap
Sila maklum bahawa pesanan akan dibayar balik setelah 48 jam (dari masa deposit) jika dokumen/ penjelasan berkaitan yang berkaitan tidak dihantar.
1. "Action Required": Dokumen/ Penjelasan Tambahan Diperlukan
- Kami mungkin akan meminta penjelasan atau dokumen tambahan melalui platform/aplikasi MoneyMatch.
- Anda juga akan dimaklumkan melalui e-mel.
- Lihat Bagaimana Hendak Menyediakan Penjelasan Tambahan
- Lihat Bagaimana untuk Memuat Naik Dokumen Tambahan
Khidmat Pelanggan
- Pasukan khidmat pelanggan akan menghubungi anda melalui customer.support@moneymatch.co sekiranya penjelasan lebih lanjut diperlukan oleh pasukan Operasi kami.
- Jadi sila beri perhatian terhadap e-mel MoneyMatch yang anda daftarkan!
- Untuk mengelakkan e-mel tersebut masuk ke dalam folder SPAM, tambah customer.support@moneymatch.co sebagai kenalan anda.
Dalam kes bayaran balik
1. Pesanan kini sedang dalam proses bayaran balik
- Kami tidak dapat melaksanakan pesanan anda dan ia telah diletakkan sebagai bayaran balik.
- Jika anda tidak tahu kenapa pesanan anda telah diletakkan sebagai bayaran balik, sila hubungi kami melalui panggilan telefon atau Hantar Pertanyaan.
- Untuk maklumat lanjut, lihat Bahagian Pembatalan dan Bayaran Balik.
2. Pesanan telah dibayar balik
- Bayaran balik telah dilaksanakan. Anda sudah boleh menunggu dana tersebut untuk dikreditkan ke dalam akaun yang berkaitan.
- Lihat Berapa lama proses bayar balik?