MoneyMatch mengambil kira pengguna dengan proses pengesahan yang berbeza! Jadi bergantung dari mana wang dihantar, proses pengesahan yang terlibat adalah berbeza (atas talian/ luar talian).
Proses Pengesahan Atas Talian: Pengesahan e-KYC
Cara ini hanya tersedia untuk pengguna Peribadi di Malaysia buat masa ini.
Pertama sekali, muat turun aplikasi mobil MoneyMatch. Buka/login ke dalam akaun anda. Kemudian, mulakan proses permohonan e-KYC.
Tekan pada symbol "Settings" > "KYC Status" > "Online Verification"
2. Sediakan dokumen pengenalan diri
Untuk maklumat lanjut tentang dokumen apa yang diperlukan bagi pengesahan akaun, lihat Apa yang saya perlu sediakan untuk mengesahkan akaun saya?
Pastikan anda mengambil foto dokumen asal. Salinan fotokopi/ digital/ dilapis dengan plastik, dokumen tidak lengkap/ telah disunting tidak akan diterima.
3. Beri kebenaran yang diperlukan
Untuk memastikan proses e-KYC yang lancar, beri kebenaran/akses kepada mikrofon, kamera, dan akses notifikasi kepada aplikasi. Ini akan membenarkan aplikasi untuk mendapatkan media yang diperlukan untuk tujuan pengesahan akaun.
4. Ambil gambar dokumen pengenalan anda
Anda akan diminta untuk menangkap gambar bagi muka depan dan belakang dokumen pengenalan anda, dan lengkapkan pengesahan video yang ringkas!
Ini beberapa tip untuk rujukan anda:
1. Pastikan dokumen asal berada dalam fokus
2. Pastikan dokumen asal tidak dihalang oleh kilauan cahaya atau jari anda
3. Pastikan foto adalah jelas dan berada dalam bingkai dengan elok (tidak terkeluar, gambar penuh)
4. Bagi kad pengenalan Malaysia, condongkan kad IC sedikit untuk memperlihatkan hologram
Seterusnya, anda akan dibawa melalui proses pengesahan video berdurasi 5 minit.
Ikut arahan yang dinyatakan dalam video (contohnya, sebut nombor yang diberi dengan kuat dan toleh kepala seperti yang diarahkan).
Pilih" Submit Video".
6. Hantar VISA Malaysia/ Permit Kerja (Bagi bukan rakyat Malaysia)
1. Pastikan dokumen asal berada dalam fokus
2. Pastikan dokumen asal tidak dihalang oleh kilauan cahaya atau jari anda
3. Pastikan foto adalah jelas dan berada dalam bingkai dengan elok (tidak terkeluar, gambar penuh)
7. Menunggu Kelulusan Dan anda selesai!
Ia akan mengambil masa sehingga SATU (1) hari kerja untuk menyemak permohonan anda – jika sebarang langkah tambahan diperlukan, anda akan menerima e-mel daripada mm.compliance@moneymatch.co
Pastikan anda memasukkan mm.compliance@moneymatch.co sebagai kenalan dalam e-mel anda untuk mengelakkan sebarang e-mel penting masuk ke dalam SPAM. Setelah lulus, anda sudah sedia untuk menghantar wang ke luar negara!
Proses Pengesahan Luar Talian
Jika proses pengesahan atas talian tidak ada buat anda, anda boleh teruskan dengan pengesahan luar talian. Untuk maklumat lanjut tentang dokumen yang diperlukan bagi pengesahan akaun, lihat Apa yang saya perlu sediakan untuk mengesahkan akaun saya?
1. Pengguna korporat
Wakil MoneyMatch akan menghubungi anda untuk mengaturkan lawatan ke pejabat bagi proses pengesahan luar talian.