Terima kasih kerana memilih MoneyMatch sebagai platform pembayaran merentasi-sempadan anda! Kami tidak sabar untuk membantu anda berjimat apabila menghantar dana ke seberang!
Bagi Pengguna Korporat, berikut merupakan panduan langkah demi langkah akan bagaimana untuk membuka penghantaran baru dengan MoneyMatch!
Pertama, pilih Transfer > Direct Transfer dari menu kiri.
1. Buka Penghantaran Baru: Amaun yang anda ingin hantarkan.
Pastikan mata wang yang dipilih adalah mata wang yang anda ingin hantar.
2. Butiran Penerima: Siapa yang anda ingin hantarkan?
Pilih: "Add a New Recipient" (Tambah Penerima Baru) or atau "List of saved recipients" (pilih daripada Senarai).
-
1. Tambah Penerima Baru
Adakah anda menghantar kepada Akaun Penerima Peribadi atau Akaun Penerima Korporat?
- Pilih Personal atau Business
- Isi butiran penerima yang diperlukan dan "Save".
- Pastikan segala butiran penerima yang diberikan adalah tepat.
- Sekiranya anda ingin menukar butiran terpilih, anda akan mempunyai pilihan "Change" di sebelah kanan anda.
-
2. Pilih daripada Senarai
Sila maklum bahawa akaun-akaun penerima adalah disenaraikan berdasarkan mata wang yang dipilih.
cth.: Jika mata wang USD dipilih pada Langkah 1, hanya akaun penerima USD akan muncul di sini.Jika penerima anda tidak muncul dalam senarai, pastikan anda telah memilih mata wang yang betul.
3. Butiran Pengirim: Daripada akaun mana yang anda kirimkan?
Pilih: "Add a New Bank Account" atau "List of Saved Bank Accounts"
- Pastikan anda membayar daripada Akaun Bank Perniagaan yang didaftar di bawah nama perniagaan anda sahaja.
- Sila maklum bahawa penghantaran pihak ketiga adalah dilarang sama sekali pada platform kami.
4. Hampir Selesai: Isikan maklumat tambahan
-
Select Source of Funds (Sumber Dana)
Select Purpose of Transaction (Tujuan Transaksi)
Enter Note for your beneficiary(Nota untuk Penerima): Masukkan nombor invois
Enter Other Remarks (Lain-lain kenyataan): optional
5. Sahkan Butiran Penghantaran
- Tebus Kupon: Masukkan kod kupon jika ada, dan klik butang 'APPLY' untuk mengaktifkan kupon
-
Pilih jenis Yuran (jika perlu): Yuran penghantaran adalah berbeza bergantung kepada jumlah pesanan, jenis penghantaran (mata wang asal/ asing)
Lihat Yuran Pindahan untuk maklumat lanjut.1. Penghantaran Mata Wang Asal
Bila anda menghantar wang ke sebuah negara dalam mata wang asal negara tersebut.
Semak sekali lagi kesemua butiran dan klik "Hantar Pesanan".
2. Penghantaran Mata wang Asing
Apabila anda menghantar wang kepada negara dalam mata wang asing/ bukan mata wang asal, anda boleh memilih sama ada ingin menampung RM 68 atau RM 18 (jika pesanan anda kurang daripada RM50 ribu).
Sila lampirkan invois-invois dan pilih Submit.
Teruskan dengan bayaran! Anda boleh membuat bayaran untuk pesanan anda dengan Bayar dengan FPX (B2B), atau Pembayaran Manual dengan DuitNow, Pemindahan Bank atau Cek. Untuk panduan terperinci, lihat Panduan Pembayaran Untuk Pengguna Korporat di Malaysia
Anda kini selesai! Setelah pesanan dibuat, anda boleh memerhatikan status pesanan anda pada dashboard MoneyMatch anda. Pesanan anda akan diproses oleh pasukan operasi dan pematuhan kami.
Sila maklum bahawa waktu operasi adalah dari 9 pagi - 5 petang (tutup pada hari minggu dan cuti awam). Ini bermakna kami tidak akan memproseskan pesanan/ meneliti dokumen di luar waktu perniagaan kami.
Pesanan-pesanan hanya akan diproses oleh MoneyMatch apabila bayaran penuh telah dibuat dan kesemua pemeriksaan Pematuhan telah siap. Setelah diproses dan ditetapkan kepada "Sedang Dihantar", penghantaran akan mengambil sehingga 1-2 hari kerja untuk sampai kepada penerima, tertakluk kepada bank dan cuti awam bagi kedua-dua negara pengirim dan penerima.