Bagaimana MoneyMatch dikawal selia bagi setiap negara?
Malaysia
MoneyMatch adalah dikawal selia dengan ketat oleh Bank Negara Malaysia dan dilesenkan sebagai perniagaan Pengiriman wang (kelas B). MoneyMatch mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang berkaitan, dengan penekanan ke atas instrumen berkanun berikut:
- Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613)
- Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011
- Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Dasar kami ditulis berdasarkan pematuhan paling ketat kepada peraturan tempatan di mana sahaja kami beroperasi - memastikan keselamatan bagi semua yang terlibat.
Hal-hal Keselamatan dan Privasi Data
Langkah-langkah Keselamatan
Langkah-langkah keselamatan kami termasuklah fungsi anti-pancingan data pada bahagian log masuk serta prosedur pengesahan yang sangat selamat.
Perlindungan Data Peribadi
Kami tidak berkongsi data peribadi anda untuk sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan transaksi anda, dan segala langkah-langkah dan prosedur keselamatan hadir untuk melindungi akaun anda daripada akses yang tidak dibenarkan.
Segala data, maklumat atau dokumen yang diberi adalah disimpan dengan selamat dan secara tertutup seperti dinyatakan dalam dasar privasi kami. Perlindungan data anda adalah sangat penting bagi kami dan hanya sejumlah kakitangan MoneyMatch sahaja yang boleh mengakses data/ dokumen anda.
Anda juga boleh melihat dasar privasi kami https://transfer.moneymatch.co/privacy-policy/bm untuk memahami dengan lebih lanjut tentang apa yang kami lakukan dengan maklumat yang diberi.