Pilihan 1. Pembayaran FPX
FPX adalah pilihan pembayaran asas bagi pengguna peribadi. Ia boleh dilengkapkan melalui aplikasi MoneyMatch ataupun pelayar web.
Pilih "Pembayaran FPX"
- Anda akan dihantar ke Portal Pembayaran Bank Pengirim untuk membayar menggunakan FPX
- Masukkan Butiran Akaun anda
- Teruskan dengan Pembayaran
Pilih butang "Bayar Jumlah RM...."
- Anda akan dihantar kepada Portal Pembayaran Bank Pengirim untuk membayar menggunakan FPX
- Masukkan Butiran Akaun anda
- Teruskan dengan Pembayaran
Pilihan 2: Bayaran manual
Jika anda tidak dapat melakukan pembayaran FPX (contohnya gerbang pembayaran tidak berfungsi, pilihan pembayaran FPX tidak ada buat masa ini), anda akan dihantar untuk meneruskan pembayaran manual.
Pembayaran manual merujuk kepada proses perbankan atas talian yang biasa (di mana anda perlu log masuk ke dalam khidmat bank atas talian anda dan melakukan penghantaran biasa kepada akaun bank kami).
Anda sama ada boleh membuat bayaran manual melalui DuitNow atau Penghantaran Bank (contohnya Penghantaran Segera/ IBG), dan ia boleh dilengkapkan melalui aplikasi MoneyMatch atau pelayar web.
1. Pelayar web
1. Buat pembayaran manual kepada akaun bank kami
Pilih "Pembayaran FPX"
Anda akan dihantar kepada halaman yang mengandungi butiran perbankan kami - sila pastikan segala butiran adalah tepat apabila membuat penghantaran atas talian anda.
Untuk DuitNow, Nombor Pendaftaran Syarikat kami (ID DuitNow): 1133611P
Sila maklum bahawa anda perlu menyertakan nombor rujukan pesanan anda pada penghantaran anda - ini akan membantu mempercepatkan proses.
2. Simpan dan muat naik resit pembayaran anda.
Setelah anda melengkapkan bayaran, simpan resit pembayaran.
Pulang ke akaun MoneyMatch dan pilih ikon "Muat Naik" seperti yang dinyatakan di bawah untuk memuat naik resit pembayaran anda.
Anda akan dihantar kepada halaman berikut. Muat naik resit pembayaran pada platform kami untuk pengesahan pembayaran (PDF/fail imej/tangkapan skrin).
2. Aplikasi MoneyMatch
1. Buat pembayaran manual kepada akaun bank kami
Pilih "Bayar jumlah RM...." dan pilih "Pembayaran Manual" di bawah Pilihan Pembayaran.
Anda akan dihantar kepada halaman yang mengandungi butiran perbankan - sila pastikan segala butiran adalah tepat apabila membuat penghantaran atas talian anda.
Bagi DuitNow, Nombor Pendaftaran Syarikat kami (DuitNow ID): 1133611P
Sila maklum bahawa anda perlu menyertakan nombor rujukan pesanan anda pada penghantaran anda - ini akan mempercepatkan proses.
2. Simpan dan muat naik resit pembayaran
Setelah anda melengkapkan pembayaran, simpan resit pembayaran.
Pulang ke aplikasi MoneyMatch dan pilih butang "Saya telah masukkan deposit RM" seperti yang dinyatakan di bawah untuk resit pembayaran.