Untuk menghantar permintaan bayar balik, sila Hantar Pertanyaan dan sediakan butiran pesanan anda (dengan ID pesanan, nama anda, sebab untuk bayar balik).
Atau, anda juga boleh menghubungi +603-3099 3889 di mana pasukan khidmat pelanggan kami akan menghantar e-mel untuk pengesahan.
Bila saya boleh membuat permintaan bayaran balik?
Setelah anda menghantar pesanan dan membuat bayaran, sebarang permintaan bayaran balik akan ditentukan di bawah budi bicara MoneyMatch.
- 1. Bayaran balik untuk transaksi yang sedang berjalan
Lihat Bagaimana Hendak Membatalkan Transaksi Semasa - 2. Bayaran balik untuk transaksi yang telah diproses/selesai
Lihat Bagaimana Hendak Memulangkan Transaksi Yang Sudah Diproses dan Selesai - 3. Bayaran balik akibat butiran penerima yang salah
Lihat Saya telah memberi Butiran Bank Penerima yang salah pada pesanan!
Bagaimana MoneyMatch menyemak permintaan bayaran balik saya?
Setelah anda menghantar permintaan, MoneyMatch akan menyemak permintaan anda. Situasi di mana MoneyMatch akan meneliti permintaan bayaran balik anda termasuklah:
- maklumat penerima salah;
- betapa pantas permintaan bayar balik dibuat (tahap mana pesanan tersebut telah diproses);
- jika dana telah diterima oleh penerima dan;
- ada risiko pematuhan yang berkaitan
Pesanan yang dihantar ke MoneyMatch yang telah diproses tidak boleh ditarik semula oleh anda dan sebarang permintaan bayar balik akan ditentukan di bawah budi bicara MoneyMatch.
MoneyMatch tidak boleh menarik kembali bayaran yang telah berjaya. Jika dana telah dikreditkan kepada akaun penerima, pesanan tersebut tidak boleh dipulangkan.
Adakah saya akan menerima bayar balik sepenuhnya?
Bayar balik mungkin tertakluk kepada berikut:
- yuran pemprosesan
- caj tukaran asing yang tidak menguntungkan; dan/atau
- yuran tambahan bank/rakan kongsi
Jumlah bayaran balik bergantung kepada tahap mana pesanan tersebut telah diproses. Kami akan memaklumkan anda jika jumlah bayar balik adalah kurang daripada jumlah asal yang dihantar.
Setelah permintaan bayar balik dibenarkan, lihat Berapa lama proses bayar balik?