Error Mesej: "Uh Oh! Something went wrong and we couldn't create this order for you. Error Code: 0xMRNM"
Anda mungkin menerima mesej ralat ini sewaktu membuat pesanan dalam situasi-situasi ini:
- Situasi 1: Anda sedang mengakses dashboard MoneyMatch anda pada beberapa tab. Jika anda ingin membuat beberapa pesanan, pastikan anda melakukannya satu-persatu, menggunakan satu tab sahaja.
- Situasi 2: Jika kadar telah dikemas kini/ dipindahkan apabila anda sedang melakukan transaksi. Sila maklum, kadar pada platform kami dikemaskini setiap 15 minit untuk memastikan anda mendapat kadar yang terkini
Untuk menyelesaikan masalah ini:
LANGKAH 1. Sila semak sama ada anda membuka beberapa tab. Jika ya, sila log keluar akaun MoneyMatch anda dan tutup semua tab.
LANGKAH 2. Lancarkan semula pelayar web anda dan log masuk ke dalam akaun MoneyMatch anda sekali lagi (menggunakan satu tab).
LANKAH 3. Kemudian, cuba buat pesanan pada platform sekali lagi.