Penipuan atas talian melibatkan usaha menipu pengguna untuk memberi maklumat log masuk mereka serta maklumat sulit lain melalui muslihat pemancingan data, atau dengan menjangkiti PC mereka dengan malware yang dibina untuk mendapatkan maklumat secara tidak sah.
Langkah-langkah Untuk Melindungi Diri Daripada Penipuan
1. Masukkan URL secara manual
Sentiasa masukkan alamat URL MoneyMatch https://transfer.moneymatch.co/ kepada pelayar web anda untuk memastikan anda masuk ke laman web MoneyMatch yang rasmi.
2. Pengesahan Laman
Sebelum memasukkan kata nama dan kata laluan, semak ikon yang terletak di sebelah bar lamat pada pelayar web. Sijil yang ada sepatutnya hanya untuk https://transfer.moneymatch.co/ dan bukan sebarang laman web yang lain.
3. Pengesahan Imej
Hanya log masuk jika anda kenal akan imej sekuriti dan frasa sekuriti anda:
JANGAN TERUSKAN sekiranya anda nampak sebarang imej atau frasa lain.
- JANGAN masukkan kata laluan jika imej tidak keluar.
- JANGAN masukkan kata laluan jika imej masih "Loading".
4. Lindungi kata laluan anda
- Jangan kongsi kata laluan anda dengan orang lain
- Pastikan kata laluan anda unik, mengandungi campuran karakter berbeza-beza: huruf (besar dan kecil), nombor, aksara istimewa, dsb.
- Guna kata laluan berbeza untuk setiap akaun atas talian.
- Tukar kata laluan beberapa kali setiap tahun.
5. Kemaskini Pelayar Web Anda
Versi terkini bagi beberapa pelayar web boleh mengenal pasti dan memberi amaran berkenaan banyak laman pemancing data. Jika anda melihat mesej amaran tentang pancingan data pada pelayar web anda, JANGAN TERUSKAN.
Untuk pelayaran web yang lebih selamat, sentiasa gunakan versi pelayar web yang terbaru.
6. Penipuan telefon/e-mel/ SMS
Jika anda menerima panggilan tentang akaun anda atau transaksi yang mendakwa diri mereka daripada MoneyMatch, tolong JANGAN kongsikan kata nama, kata laluan, dan butiran bank.
Kami galakkan anda mengambil langkah berjaga-jaga apabila memberi sebarang maklumat sulit (termasuklah butiran berkenaan transaksi) melalui Internet/telefon atau sebarang saluran lain. Sila dapatkan pengesahan terus daripada MoneyMatch sekiranya anda ragu-ragu.
Berikut merupakan senarai saluran rasmi MoneyMatch:
- Telefon Sokongan Pengguna: 603-30993889
- Pertanyaan Am: 603-27716283
- E-mel Sokongan Pengguna: customer.support@moneymatch.co
- Pematuhan: mm.compliance@moneymatch.co
- Promosi: sam@moneymatch.co ataupun hello@moneymatch.co
- Notifikasi/e-mel automatik: support@moneymatch.co
- SMS Promosi dan Kemaskini: 62033