Keperluan bagi invois adalah sebahagian daripada keperluan pematuhan, di mana invois sepatutnya menyokong tujuan dan ciri-ciri pesanan anda. Ini merupakan beberapa soalan lazim berkenaan invois!
- 1. Sila nyatakan jumlah separa dengan jelas di atas invois.
- Contoh: Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar: USD 7 ribu Bayaran separa 1 pada 2 Jan 2020: USD 500.00
- 2. Kenyataan sepatutnya disokong oleh:
- Tarikh bayaran
- Tanda tangan anda
- Cop Syarikat (Bagi Pengguna Korporat)
Kami tidak menerima invois tulisan tangan bagi mematuhi dasar dalaman kami.
Sila maklum, kami hanya boleh menerima invois yang dijana oleh komputer yang dikeluarkan oleh penerima/ pembekal anda dan ditujukan kepada pengguna MoneyMatch.
Bagi rujukan anda, kami hanya menyokong bahasa-bahasa berikut buat masa ini, oleh itu invois anda perlu ditulis/diterjemah ke dalam bahasa-bahasa berikut:
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Mandarin
- Bahasa Melayu
Kami juga menerima invois dwi-bahasa.