Anda boleh menghantar USD ke akaun bank yang menggunakan mata wang USD di negara-negara lain, contohnya akaun negara asing (foreign currency accounts atau FCA).
Penghantaran jenis ini juga dikenali sebagai penghantaran mata wang asing kerana anda mengirim dalam mata wang bagi negara tersebut. Contoh: Mengirim USD ke Singapura; mengirim USD ke China; mengirim USD ke United Kingdom.
Bagaimana ia berfungsi?
Berapa banyak caj yang dikenakan?
Negara mana yang saya boleh kirim USD?
Bagaimana ia berfungsi?
Apabila menambah penerima baru, ambil perhatian kepada ruang "Negara" dan "Mata wang Akaun" bagi akaun bank penerima.
Pilih negara mana yang anda kirimkan, dan pastikan mata wang USD dipilih sebagai Mata wang Akaun. Contoh. Mengirim USD ke China Negara: China Mata wang Akaun: USD
- Contoh. Mengirim USD ke China
- Negara: China
- Mata Wang Akaun: USD
Oleh sebab ini merupakan penghantaran bukan dalam mata wang asal, penerima anda mungkin tidak akan mendapat jumlah penuh seperti yang dikirimkan.
Berapa banyak caj yang dikenakan?
MoneyMatch boleh menghantar USD ke akaun bank di luar AS tapi untuk melaksanakan perkara ini, ia perlu dihantar menggunakan kaedah tradisional.
Penghantaran ini mungkin akan dikenakan yuran tambahan (dikenakan dan ditentukan oleh ejen/ bank penerima) sebagai tambahan ke atas yuran penghantaran bukan-asal. Oleh itu, jumlah yang penerima dapat mungkin kurang daripada jumlah yang dikirim.
Malangnya, tiada cara bagi kami untuk mengetahui terlebih dahulu akan jumlah sebenar yang akan ditolak kerana ia bergantung kepada bank penerima.
Negara mana yang saya boleh kirim USD?
Kami hanya boleh melaksanakan penghantaran USD ke negara-negara tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila Hantarkan Pertanyaan untuk mendapatkan bantuan!