MoneyMatch menawarkan beberapa kaedah pembayaran, namun, terdapat beberapa had dan sekatan buat masa ini.
- 1. Pengguna Peribadi
- Anda boleh menghantar wang menggunakan akaun bank yang berdaftar di bawah nama anda sahaja.
- Anda boleh menghantar wang daripada akaun bank bersama jika anda merupakan seorang daripada pemegang akaun. Sila maklum bahawa dokumen-dokumen tambahan mungkin akan diperlukan untuk membuktikan pemilikan akaun (contohnya tangkapan skrin atau PDF bagi penyata bank akaun bersama, yang menunjukkan nama anda, nama bank, dan nombor akaun dengan jelas.)
- 2. Pengguna Korporat
- Bagi Syarikat Berhad (cth. Sdn Bhd)
- Syarikat anda tidak dibenarkan menghantar dana daripada akaun bank syarikat lain, akaun peribadi pengarah mahupun mana-mana akaun peribadi yang lain.
Syarikat anda hanya boleh menghantar wang melalui akaun bank syarikat di bawah nama syarikat anda.
Bagi Pemilikan Tunggal/ Syarikat
Bagi pemilikan tunggal/ syarikat, anda dibenarkan untuk menghantar dana daripada akaun peribadi pemilik perniagaan sahaja. Penghantaran daripada sebarang akaun peribadi lain akan dikira sebagai penghantaran pihak ketiga.Anda juga dibenarkan untuk menghantar dana daripada akaun bank syarikat yang berdaftar di bawah nama syarikat anda.
Anda tidak boleh menghantar wang daripada kad kredit/kad kredit. Buat masa ini, kami hanya boleh menerima pembayaran melalui FPX dan penghantaran bank daripada akaun bank yang berdaftar di bawah nama anda sahaja.
Buat masa ini, pembayaran melalui cek hanya ada buat pengguna Brunei dan pengguna korporat di Malaysia. Bagi pengguna peribadi di Malaysia, anda tidak boleh menghantar wang melalui cek.
Sila maklum bahawa deposit tunai adalah dilarang sama sekali pada platform kami.