Biasanya ia mengambil masa 1-2 hari kerja untuk mencapai penerima anda.
Masa yang diambil bergantung kepada mata wang yang terlibat, cuti bank dan hujung minggu bagi kedua-dua negara pengirim dan penerima. Sila maklum bahawa kami hanya boleh mengirim atau menerima dana anda sewaktu waktu operasi bank yang biasa.
Sila maklum bahawa waktu operasi kami adalah dari 9 pagi - 5 petang (tutup pada hujung minggu dan cuti umum). Ini bermakna kami tidak dapat memproses pesanan/ menyemak dokumen di luar tempoh bekerja.
Pesanan hanya akan diproses oleh MoneyMatch apabila pembayaran penuh telah dibuat dan segala senarai Pematuhan telah selesai. Setelah diproses dan diletak sebagai "Sedang dihantar", penghantaran akan mengambil sehingga 1-2 hari kerja untuk mencapai penerima, tertakluk kepada bank dan cuti umum bagi kedua-dua negara pengirim dan penerima.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kelajuan penghantaran sewaktu cuti, lihat Adakah kelajuan penghantaran saya dipengaruhi oleh cuti bagi negara pengirim dan penerima?