Setelah anda membuat pesanan dan membuat bayaran, kadang kala pasukan pematuhan akan meminta dokumen tambahan melalui aplikasi/ platform MoneyMatch dan anda akan dimaklumkan melalui e-mel.
Maklumat lanjut tentang dokumen apa yang diperlukan akan dinyatakan dalam e-mel.
Untuk mengenal pasti dokumen yang diminta:
LANGKAH 1. Pergi ke alamat e-mel yang didaftarkan
LANGKAH 2. Anda sepatutnya menerima e-mel makluman bertajuk: "Dokumen Tambahan Yang Diperlukan Untuk Pesanan #000XXXXXXXXX"
Sila maklum bahawa pesanan akan dibayar balik selepas 48 jam (dari masa deposit) jika dokumen/penjelasan tambahan yang berkaitan tidak dihantar
Jenis dokumen biasanya ditentukan mengikut kes. Namun, ia biasanya melibatkan:
- Dokumen sumber dana yang baru. (Hanya terpakai kepada Pengguna Peribadi.) Jika dokumen anda telah ditolak, anda diperlukan untuk memuat naik semula penyata bank/ slip gaji.
- Invois Baru.
Jika invois telah ditolak, anda diperlukan untuk memuat naik semula invois tersebut. - Dokumen Lain.
Dokumen lain mungkin akan diperlukan untuk menyokong pesanan anda, (cth. Sebarang bentuk ID keluaran kerajaan milik penerima, dokumen tambahan kepada invois anda, dsb.)
Berikut adalah panduan langkah demi langkah akan bagaimana untuk memuat naik dokumen tambahan!
Pengguna Peribadi
Anda boleh memuat naik dokumen tambahan melalui pelayar web atau aplikasi MoneyMatch.
- 1. Pilih ikon "Penghantaran Baru" dari Menu Aplikasi.
- 2. Pilih pesanan yang berkaitan
Status pesanan kan ditunjukkan sebagai "Tindakan diperlukan"
- 3. Klik kepada ikon "Lampirkan" di bawah Lampiran
- 4. Muat naik dokumen yand diminta dan piih "Hantar"
- 1. Log masuk ke dalam Akaun MoneyMatch
- 2. Pilih "Muat naik" pada pesanan yang berkaitan
- 3. Muat naik dokumen yang diminta dan pilih "Hantar"
Pengguna Korporat
Anda boleh memuat naik dokumen tambahan melalui pelayar web
- 1. Pilih "Transaksi" pada bahagian kiri dashboard anda
- 2. Pilih ikon "Muat naik" bersebelahan dengan pesanan yang berkaitan.
Status pesanan akan muncul sebagai Tindakan Diperlukan. Sila muat naik dokumen tambahan. - 3. Muat naik dokumen tambahan dan pilih "Hantar".