Jika akaun MoneyMatch anda tidak digunakan bagi tempoh yang tertentu, ia akan diisytiharkan sebagai tidak aktif, dan anda tidak lagi boleh menggunakannya untuk membuat penghantaran baru.
Secara efektifnya, akaun anda dikira sebagai tidak aktif selepas 180 hari tidak digunakan dan selepasnya di mana tiada transaksi sah berlaku.
Proses ini dilaksanakan untuk memastikan kami mematuhi keperluan-keperluan ini demi keselamatan pelanggan-pelanggan sebenar kami seperti anda.
Namun, jika anda ingin kekal aktif dan membuat transaksi di masa hadapan, anda boleh mengaktifkan kembali akaun dengan menghantar semula pengesahan atas talian atau luar talian.
Ini adalah panduan langkah demi langkah untuk mengaktifkan semula akaun MoneyMatch anda.
Pengguna Peribadi
Apabila akaun Moneymatch anda menghampiri status tidak aktif, kami akan menghantar e-mel untuk memaklumkan anda dan meminta anda memperbaharui pengesahan eKYC anda. Anda akan diminta untuk menghantar kembali pengesahan eKYC anda apabila anda log masuk melalui aplikasi MoneyMatch.
- 1. Pilih "KYC Status" dan "OK" untuk cuba semula
- 2. Mulakan pengesahan eKYC
Untuk panduan langkah demi langkah lihat Bagaimana boleh saya sahkan akaun saya?
- 3. Menanti Kelulusan
Dan anda selesai! Ia akan mengambil sehingga SATU (1) hari kerja bagi aplikasi baru anda untuk disemak. Jika tindakan tambahan diperlukan, anda akan menerima e-mel daripada mm.compliance@moneymatch.co
Pastikan anda telah menambah mm.compliance@moneymatch.co sebagai kenalan anda untuk mengelakkan e-mel penting masuk ke dalam folder SPAM.
Setelah anda disahkan melalui eKYC sekali lagi, anda boleh teruskan membuat transaksi pada platform kami.
Pengguna Korporat
Jika anda sudah tidak membuat transaksi melalui MoneyMatch buat tempoh yang tertentu, akaun anda akan diisytiharkan sebagai tidak aktif.
Sila hubungi pengurus akaun syarikat atau Corporate Account Manager (CAM) anda untuk memeriksa status akaun MoneyMatch anda. Mereka akan memberi nasihat lanjut tentang keperluan yang akan diminta untuk mengaktifkan kembali akaun.