Sebagai syarikat Fintech yang dikawal selia, kami diharuskan untuk mengesahkan identiti individu/ identiti entiti yang mengirim wang.
Proses pengesahan ini juga dikenali sebagai "Know Your Customer" (KYC) dan boleh dilengkapkan secara atas talian atau luar talian.
Proses Pengesahan Atas Talian: Pengesahan e-KYC
e-KYC adalah proses pengesahan "Know-Your-Customer" yang dijalankan secara digital melalui aplikasi MoneyMatch pada telefon anda. Proses ini boleh dilengkapkan pada bila-bila masa dan di mana jua yang ada sambungan Internet. Setelah dilengkapkan, ia akan mengambil sehingga 1 hari kerja bagi permohonan tersebut diluluskan.
Ini hanya tersedia bagi pengguna peribadi di Malaysia buat masa ini. Untuk memulakan permohonan e-KYC, anda perlu memuat turun aplikasi MoneyMatch dan log masuk akaun anda.
Proses Pengesahan Luar Talian
KYC adalah proses pengesahan "Know-Your-Customer" yang memerlukan pengesahan secara bersemuka.
Untuk pengguna korporat, wakil MoneyMatch akan menghubungi anda untuk mengatur lawatan ke tempat kerja/perniagaan anda.
Ini diperlukan untuk melengkapkan KYC anda atau bagi tujuan Customer Due Diligence (memastikan kesahihan pengguna diperiksa terlebih dahulu). Setelah dilengkapkan, ia akan mengambil sehingga 1 hari kerja bagi permohonan tersebut diluluskan.
Notis buat Pelanggan
(Khidmat Transaksi)
Customer Due Diligence (CDD) adalah perkara wajib di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011. CDD perlu dijalankan ke atas pelanggan yang melakukan sebarang transaksi.
Perlindungan Maklumat Peribadi
Segala data, informasi, atau dokumen yang dihantar adalah distorkan dengan selamat dan tertutup seperti dinyatakan dalam dasar privasi kami. Perlindungan data anda adalah sangat penting bagi kami dan hanya sejumlah pekerja MoneyMatch yang terhad sahaja yang mempunyai akses kepada data/ dokumen anda.