Berkenaan dengan penyerahan dokumen-dokumen untuk menyokong pesanan anda, keperluan ini adalah ditentukan oleh polisi yang berpandukan kepada peraturan-peraturan Pencegahan Pengubahan Wang haram/ Pembiayaan Keganasan. Proses penapisan transaksi kami dilaksanakan untuk memastikan kami mematuhi keperluan-keperluan ini demi keselamatan pelanggan sebenar kami seperti anda.
Sila maklum bahawa proses pengesahan identiti (e-KYC) sewaktu pendaftaran bukanlah pengganti kepada pengesahan semasa transaksi. e-KYC tersebut hanyalah proses ringkas (yang juga diamalkan oleh institusi kewangan) untuk memastikan tiada sebarang salah guna identiti dilakukan di atas platform kewangan kami - ini untuk melindungi pengguna seperti anda!
Kami faham bahawa keperluan di atas mungkin agak leceh - namun, ia adalah syarat yang tidak boleh dilangkau kerana kami mengambil serius akan sekuriti/ privasi/ piawai pematuhan kerana kami sangat percaya yang langkah-langkah ini dapat memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat. Untuk memahami dokumen-dokumen apa yang diperlukan apabila anda membuat penghantaran, lihat Jenis dokumen sokongan yang diperlukan