Kadang-kadang, bila sambungan Internet tidak stabil/ beberapa cubaan telah dibuat bagi pembayaran atas talian, notifikasi lewat akan dihantar oleh FPX kepada e-mel anda. Ini akan berlaku walaupun cubaan akhir adalah berjaya, dan dana akan ditolak daripada akaun anda.
E-mel tersebut akan berbunyi seperti ini:
"Kami menyesal untuk memberitahu anda bahawa bayaran atas talian melalui FPX berikut adalah gagal."
Jangan panik! Hanya perlu ambil langkah-langkah berikut untuk menjejak dana anda:
- LANGKAH 1: Semak akaun bank, lihat jika jumlah tersebut telah ditolak daripada akaun bank anda.
- Jika ya, pergi ke langkah seterusnya
- Jika tidak, cuba penghantaran FPX sekali lagi jika anda ingin teruskan dengan penghantaran.
- LANGKAH 2. Semak dashboard MoneyMatch Transfer anda
- Jika status adalah "Akan Dibayar", hubungi customer.support@moneymatch.co dengan ID pesanan anda dan jika ada, slip bayaran sebagai bukti untuk siasatan lanjut.
- Jika status adalah "Sedang diproses", jangan risau! Bayaran anda telah berjaya dan sistem telah merekodkan perkara ini. Pesanan anda kan diproseskan seperti yang sepatutnya.