MoneyMatch mengambil kira pengguna dengan pilihan pembayaran yang berbeza-beza. Pilih jenis pengguna untuk maklumat lanjut.
Malaysia
Pengguna Peribadi
Bayaran melalui FPX adalah disarankan dan juga merupakan kaedah pembayaran yang asas. Sila maklum bahawa kaedah alternatif akan menyebabkan kelambatan dalam pemprosesan pesanan. Anda hanya boleh mengirim wang menggunakan akaun bank peribadi yang didaftarkan di bawah nama anda.
Anda boleh menghantar wang daripada akaun bank bersama jika anda merupakan salah seorang daripada pemegang akaun. Sila maklum bahawa dokumen-dokumen tambahan mungkin diperlukan untuk membuktikan pemilikan akaun, (contohnya tangkapan skrin atau PDF akan penyata bank bersama anda, yang menunjukkan nama anda, nama bank, dan nombor akaun dengan jelas.) Untuk maklumat lanjut tentang pilihan pembayaran, rujuk kepada {Panduan Pembayaran buat Pengguna Peribadi di Malaysia}
- 1. Pembayaran melalui FPX
- Ini merupakan kaedah pembayaran yang disarankan dan yang asas.
- Ini merupakan kaedah pembayaran yang disarankan dan yang asas.
- 2. Bayaran manual
- Anda boleh membuat bayaran manual melalui DuitNow atau Penghantaran Bank (cth. Penghantaran Segara/ IBG/ di kaunter) daripada akaun bank anda
Pengguna Korporat
Bayaran melalui FPX adalah disarankan dan juga merupakan kaedah pembayaran yang asas. Sila maklum bahawa kaedah alternatif akan menyebabkan kelambatan dalam pemprosesan pesanan.
Syarikat anda hanya boleh menghantar wang menggunakan akaun bank syarikat yang didaftarkan di bawah nama syarikat. Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan-pilihan pembayaran, rujuk {Panduan Pembayaran buat Pengguna Korporat di Malaysia}
- 1. Pembayaran melalui FPX
- Ini merupakan kaedah pembayaran yang disarankan dan yang asas.



