Jika ada sebarang kesilapan pada butiran pesanan yang boleh menyebabkan transaksi gagal, sila hubungi kami segera.
Berikut merupakan panduan langkah demi langkah tentang bagaimana hendak memberitahu kami tentang butiran penerima yang salah.
1. Hantar permintaan.
Sila Hantar Pertanyaan dan berikan butiran pesanan anda (dengan ID pesanan, nama anda, dan butiran penerima yang betul).
2. Tunggu untuk ianya disemak
Setelah anda menghantar permintaan, MoneyMatch akan melihat permintaan anda. Bergantung kepada tahap mana permintaan tersebut telah diproses, kami akan maklumkan anda akan penyelesaian yang ada. Penyelesaian yang ditawarkan bergantung kepada situasi dan status dana.
Sila maklum bahawa pemprosesan kembali mungkin tidak boleh dilakukan kerana sensitiviti data dan/atau pelbagai polisi rakan kongsi.
3. Pertimbangkan penyelesaian yang disediakan
Setelah kami semak permintaan anda, kami mungkin akan berikan penyelesaian di bawah:
-
- Buat permintaan untuk pemprosesan semula:
- Jika perubahan/ pemprosesan boleh dilakukan, kami akan menghantar butiran penerima yang betul kepada rakan kongsi kami untuk pemprosesan semula.
- Sila maklum yang ia akan mengambil sebanyak 1-2 hari kerja tambahan agar dana dikreditkan kepada penerima anda.
- Bagi pesanan di masa hadapan, adalah dinasihatkan untuk membuang penerima dan maklumat yang tidak tepat tersebut dan tambahkan penerima baru
- Buat permintaan untuk bayaran balik
- Jika perubahan/ pemprosesan tidak boleh dilakukan, kami akan teruskan dengan bayaran balik.
- Setelah transaksi ditolak dan dana dipulangkan kepada kami, kami akan memulakan proses membuat bayaran balik kepada anda.
- Sila tunggu dana tersebut dipulangkan kembali kepada anda. Lihat Berapa lama proses bayar balik?
- Setelah bayaran balik dilaksanakan, status pesanan anda akan dipaparkan sebagai "Refunded" (Dibayar balik).
- Buat permintaan untuk pemprosesan semula: