Untuk menetapkan semula imej sekuriti dan frasa sekuriti, anda perlu Menetapkan Semula Kata Laluan Anda. Jika anda telah terlupa kata laluan Akaun MoneyMatch anda, anda boleh tetapkan ia semula melalui langkah-langkah ini:
LANGKAH 1. Pilih "Log In" yang terletak pada sudut atas kanan laman web.
LANGKAH 2. Pilih "Reset it here" yang terletak pada bahagian bawah laman log masuk.
LANGKAH 3. Anda akan dihantar ke laman di bawah. Sila masukkan e-mel anda yang berdaftar dalam ruangan disediakan dan pilih "Send Password Reset Link".
LANGKAH 4: Setelah siap, satu pautan tetapan semula akan dihantar kepada e-mel anda yang berdaftar dan anda akan mendapat notifikasi "You should have received an email from us including the instructions if provided email is already registered with us".
Apa yang anda perlu buat adalah pergi kepada e-mel berdaftar tersebut dan klik pada pautan tetapan semula kata laluan. Anda akan dihantar kepada laman di bawah:
Setelah siap, kata laluan anda akan ditetapkan semula dan anda sepatutnya boleh log masuk.