Menghadapi masalah menerima emel kami?
Terdapat beberapa sebab mengapa anda tidak dapat menerima emel dari MoneyMatch.
Emel masuk dihantar ke spam
Log masuk ke akaun emel anda dan cari folder spam/ sampah di bawah jenis peti masuk berikut:
- Gmail - Di bar sisi kiri, klik "More" dan masuk ke folder "Spam"
- Hotmail/ Outlook - Akses folder "Junk" di sebelah kiri peti masuk anda
- Yahoo! Mail - Semak folder "Spam" di bawah tab "More"
Peti masuk emel anda penuh
Masuk ke peti masuk anda dan padamkan emel yang tidak diperlukan, terutamanya yang mempunyai lampiran besar. Ini akan menjana ruang untuk menerima sebarang emel MoneyMatch yang dihantar kepada anda
Penyedia emel anda menapis atau menyekat emel kami
Tindakan biasa adalah untuk meletakkan domain emel keseluruhan dalam senarai putih supaya emel kami dibenarkan masuk. Ini boleh dilakukan sebagai contoh dalam Gmail:
- Klik ikon gear Tetapan di bahagian atas kanan dalam Gmail.
- Pilih “Settings” dalam menu dan kemudian pilih “Filters & Blocked Addresses” di bahagian atas.
- Jika terdapat senarai, tatal ke bawah dan klik “Create a new filter”.
- Taip alamat emel kami di bawah Dari: (dalam kes ini, ia adalah customer.support@moneymatch.co)
- Kemudian klik "Create Filter from Address" dan pilih “Never Send To Spam” kemudian simpan dengan klik “Create Filter”
Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan bantuan daripada pasukan IT anda atau penyedia domain emel untuk meletakkan mana-mana emel dari "@moneymatch.co" atau customer.support@moneymatch.co" secara langsung dalam senarai putih.
Jika anda masih tidak dapat menerima emel kami selepas mencuba langkah-langkah di atas, jangan risau! Sila Hantar Permintaan dan pasukan sokongan pelanggan kami akan membantu anda selanjutnya!



